This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Tuesday 26 February 2013

Elman ku syg

Salam,
malam d elman buat perangai g xnak tdo
nape la anak bujang umi ni
dah bape ari elman g ni
umi pg d bangun dah skit pale
nak cuti maleh coz khamis dgn jumaat ni nak cuti dah
waduh elman buat perangai xnak tdo ni
payah gak
semalam balik dari umah pengasuh x bg die tdo knon nak bia die main sampai kol 10 @ 11 bia tdo skalije
tpi x smpi ati tengok die kol 8 mate dah kecik je
tdokan je r
kol 11 die bangun main sampi kol 2
huaaaaaaaaaaaaa umi yang x tdo
sebaik mase die tdo umi dah tdo jap
pg d anta umah pengasuh elman nagntuk je
siap mengamuk g
bise anta umah pengasuh diam je
pagi d ngamuk sakan umi dgar
cian elman
sori la syg umi xpat cuti gi
elman dok bebaik ye umah ibu
x mau ngamuk2 petang kang umi amik ye
elman anak yang baik
umi syang elman

ur smile make me hapy alwiz.luv u

9 bulan dah.....

Salam,

pekaba sume,
ceria x arini
ke suam2 kuku je hehehehehe
tengok tajuk macam pelik je kn hehehehehe
sebenarnye ari ni anak bujang umi dah 9 bulan
jap je rase dah makin besar elman
makin besar makin memcam perangai die
tetngok perangai elman
kekadang teruji gak kesabaran umi
bise r darah muda uwek poyo gile
k meh kite tngok pe elman dah pndai  dalam 9 bulan nie


  1. Elman dah panjat sume,kusyen , almari pe je yg boleh dipanjat (kekadang umi dgn ayah pun kene pnjat dek elman)
  2. Elman dah cube menapak ckit2 r tpi stil pegang bnde g
  3. Elman still mengengsot g lom pandai merangkak g ( bile r elman nak merangkak ye )
  4. Elman x tumbuh gigi lg
  5. Elman dah kuat makan & minum banyak susu skang
  6. Elman dah kuat mengamuk skang ( Pantang lmbt g elman mule la karok x kire mase )
  7. Tapi elman lom pandai mnta adik g hehehehehehe
Tu la serba sedikit tentang elman 
Umi doakan elman jadi anak yang soleh, mendengar kate bile besar nnt ye
Umi & ayah sayangggggggggggggg sangtttttttttttttttttt kat elman



My little mujahid Nur Muhammad Elman Hafiy bin Mohd Fuad

Monday 25 February 2013

Terpaksa Buang.

Salam,

mesti terkejut baca tajuk kan
hehehehe xde pe2 pun
walaupun de pe2 (pe yang umi melalut pepagi nikan)
ni cite ari jumaat ari tu
lambat lak nak cite ek
ari jumaat ari tu umi terpaksa buang 3 oz EBM elman
ala ckit pun nak kecohkan ( mesti pk g tu kan )
walaupun ckit tapi amat besar nilainye kat umi
susah  umi nak dapat tu
sbb dgn 3 oz tu elman leh kenyang
sedih nye terpaksa buang
slalo elman mnum abis je
xtau la nape x abis
ni kali ke 2 umi terpaksa buang susu elman
yg first time nye lagi banyak umi buang dalam 9 oz rasenye
tpi mase ni elman x chat kurang mnum susu
nak buat macam ne kan
bukan rezeki elman tu
xpe elman umi akn bg elman susu umi slagi de ye
Semoga Allah permudahkan urusan umi menyusukan elman


ni susu EBM elman yang memule kene buang dalam 9 oz ( banyakkannnnnnnnnnnnnn)


 ni susu EBM elman yang kene buang ari jumaat ari tu 

Monday Blues.......

Salam,

Ari isnin slalo di kaitkan dgn ari malas bekerje
padahal xde kene mengene pun kan hehehehehe
kite yang malas nak keje sebenarnye
ari  ni umi ngantuk bangat
malam d anak bujang buat perangai xnak tdo
nak tau x elman tdo pkul bape
elman tdo pkul 3 pagi
huahuahua umi macam weng pg d bangun
nak cuti g
silap aribulan kene buang keje umi nanti hahahahaha (walaupun bos umi jenis x ksah tpi de org lain yag kisah )
jd ku gagahkan dri ni g gak keje
ni mate ngah macam mat lalok je ni kat depan lappy
moga ari ni cepat berlalu lallalalalalalala

Friday 22 February 2013

Jumaat Penghulu Segala Hari

Salam,
Meh kite cite tentang Jumaat Penghulu Segala Hari ni Ye.

Pengenalan
Begitu besarnya hikmah hari Jumaat atau dalam bahasa Arabnya “Jumu’ah” yang berasal daripada perkataan “jama’a”, bermakna ‘berkumpul’. Berkumpul yang dimaksudkan di sini ialah menunaikan solat dan mendapatkan ilmu (melalui khutbah) dengan ‘duduk sama rendah berdiri sama tinggi’ bersama-sama jemaah lain tanpa mengira warna kulit atau pangkat, kekayaan, dan keupayaan. Pada waktu inilah nilai manusia itu sama, yang membezakannya hanyalah iman dan takwa terbit tanpa disedari. Oleh hal yang demikian itu, hari Jumaat dikatakan hari untuk umat Islam berkumpul, memanjatkan doa serta membuat pelbagai amal kebajikan untuk mendapat keredhaan dan rahmat daripada Allah S.A.W.


Penghulu Segala Hari
Banyak hadis menerangkan kelebihan hari Jumaat, misalnya hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul Aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Katanya Rasulullah SAW bersabda: Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani.
Kelebihan Hari Jumaat
Jumaat dikhabarkan sebagai hari yang istimewa dan mulia. Pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu 
1)  Allah ciptakan Adam , 
2)  Allah turunkan Nabi Adam  ke bumi,
3) Allah mematikan Nabi Adam, 
4)  Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram. 
5)  Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.
( Riwayat Hadis Muslim)
Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” (Hadis riwayat Tirmidzi).
Kelebihan Solat Jumaat

Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu semulia hari yang perlu diambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran ALLAH daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.
Selain itu, hari Jumaat juga merupakan satu hari yang cukup mustajab dan istimewa untuk kita semua berdoa meminta pertolongan, nur dan hidayah daripada Yang Maha Esa.
Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”
Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.
Malaikat Turun ke Bumi
Setiap hari Jumaat, Allah S.A.W  mengutuskan  malaikat ke bumi, mencatat nama mereka yang ke masjid. Malaikat-malaikat akan ke langit menyembahkan apa yang dicatatnya. Allah S.W.T mengampunkan dosa-dosa mereka yang datang ke masjid.
Pada hari Jumaat juga, Allah S.W.T mengutus malaikat ke muka bumi. Di tangan mereka kalam-kalam emas, juga kertas-kertas daripada perak, berdiri di pintu-pintu masjid, mencatat nama mereka yang masuk masjid, dan mendirikan sembahyang Jumaat. Apabila telah sempurna sembahyang, mereka kembali ke langit lalu berkata: “Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat.”
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
“ Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.”
Kesimpulan

  • Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.
  • Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.
  • Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.

Salam Jumaat..........

Salam
Yeayyeay ari ni ari jumaat
sok dah cuti
leh bersekedondoi dengan elman hehehehehe
umi ngantuk ari ni coz elman meragam malam d
xtau nape megamuk je
umi nye pun hampr mengamuk gak
kecian si tomie tu kene marah mlm d
sorry syg umi ngantuk tu umi termarah elman
semalam umi xkeje coz elman mengamuk gak xmau tdo
arap ari ni cpat r berlalu

 anak umi yang tomei umi syg elman sesngat tau 
( tetibe lak sedih huhuhuhuhu)

Tuesday 19 February 2013

Elman & coklat

Salam,

Mesti bosan kan asyik cite pasal elman je ( de umi kisah ,umi nak cite pasal anak umi jer )
Kali ni nak cite pasal elman makan coklat
ayahnye la yang kasi tu
tapi xde la banyak ckit je bg elman rase
tapi anakku begitu suke makan coklat
xpernah dapat la kate kan hehehehehe
Elman teruja tengok ayahnye makan tu die nak gak tu
meh tengok rupe elman dpat makan coklat yer

 Ha comotkan muke elman dapat makan coklat.Sedap ye nak makan coklat.Umi nak ckit bleh 



Dengan kelima-lima jarinye die masukkan dalam mulut.sedap sangat makan coklat anak bujangku ni

Bengkak Sudah Mata Elman ...

Salam,

Ni kisah basi yer saje je nak publish hehehehehe
mate elman bengkak xtau kene gigit pe.
kelakar de kecian pun de tengok matenye gi tu
xtau pe yg gigit
mungkin nyamuk @ semut
xtau r smpi bengkak mate anak bujangku tu
tapi elman still gembira dengan dunianye
macam gitu la elman kalu sakit ke macam x sakit je tengok nye heheheheh
Jom layan gambar elman yang bengkak matenye



sepet mate elman sebelah tapi elman ceria je bile nak amik gmbarnye.
(sila abaikan gmbr belakang tu yer.terseksi ckit ayah elman tu)

Sopannye anak sape tu......

Salam,

ni kisah anak bujang ku lagi
dah besar ni memacam perangai nye
suke menjerit r
kuat nangis gak
xleh tengok uminye gerak mule nangis macam kene dera ( pening pale umi hehehehe)
sampai aahnye pun stress hehehehehe
nak buat macam ne anak ayah kannnnnn
ni aksi elman duduk bersimpuh
kemain sopan anak bujang ku


Ha sopan x anak bujangku hehehehehe
sila abaikan backgroung tu yer

Monday 18 February 2013

Tertunai hajat di hati..................



Salam
wah mesti teruja tengok tajukkan.ni kire cite lame ni baru nak bagi tau.
aku mmg dah lame nak cari bende ni.mesti nak tau pe bende kan.aku nak cari deep freezer tok letak susu elman.dah penuh peti ais umah aku dengan susu elman jadi kene beli gak deep freezer tok letak susu elman.lagipun letak dalam deep freezer leh tahan lagi lame lebih kurang dalam 6 bulan.
So ari sabtu lepas aku pun ajak ayah elman gi beli,
Pegi  kedai elektrik dekat umah aku tu je,sampai kedai tengok memang display kat lua wa bagus xyah pening nak cari gi kat kedai lain hehehehe
aku beli brand faber 100 liter nye harge dalam rm599 je.
gumbira aku dapat deep freezer ni
ari tu gak bawa masuk kete terus bawa balik hehehehehe
semoga dengan adenye deep freezer dapat aku meneruskan penyusuan susu ibu aku tok elman anak kesyanganku selama 2 tahun
semoga di permudahkan oleh NYA....


ni la rupenye deep freezer yang telah dapat ayah elman belikan tok letak susu elman 


entry lainkali cite pasal susu elman & stok ebm elman yang dlam deep freezer ni yer

High Chair Elman

Salam,

ni entry tertunggak namenye.dah lame sebenarnye beli high chair elman ni.dah dekat sebulan kot baru skang nak hupdate kan.nampak na busy pada hal maleh hehehehehe.
coz elman dah makan solid food jadi suke r nak beli tempat dduk tok elman.
g pun elman x reti duk diam kalau duk kat bawah abis sume tempat die nak g
kalu duk dalam high chair tu die duk diam ckit walaupun x brape nak diam elman ni hehehehe
ida beli high chair ni kat jusco brand sweet cherry harge dalam rm150.00
ade warne hijau je,sebaik boleh la elman gune
Thanks ye ayah coz belikan anak bujang,mu high chair ni hehehehehe
meh kite tengok rupe high chair elman & kegedikan elman duduk kat high chair hehehehe





           ni la rupenye high chair elman.lawa x hehehehe






ha ni plak muke budak gedik mase first time duk high chair.suke tol masuk jari dalam mulut kalu ngah suke