This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Friday 29 March 2013

Kisah ana terhadap..."Ibu ..maafkan ana"



Pada malam itu, Ana bertengkar dengan ibunya.

Kerana sangat marah, Ana segera meninggalkan rumah tanpa mebawa apa2.

Saat berjalan di suatu jalan, Ana baru menyedari yg ia tidak membawa wang langsung.

Saat menyusuri sebuah jalan, ia melewati sebuah warung dan ia mencium harumnya aroma masakan.

Ia ingin sekali memesan semangkuk mee, tetapi ana tidak mempunyai wang.

Pemilik kedai melihat Ana berdiri cukup lama di depan kedainya, lalu berkata “Cik nak makan apa2?

”Ya, tetapi,saya tdk membawa wang” jawab Ana dengan malu-malu

“Tidak apa-apa, aku akan membawakan makanan untukmu” jawab si pemilik kedai. “Silakan duduk, aku akan memasakkan mee untukmu”.

Tidak lama kemudian, pemilik kedai itu memberikan semangkuk mee.

Ana segera makan beberapa suap, kemudian air matanya mulai berlinang.

“Ada apa cik?” Tanya si pemilik kedai.

“tidak apa-apa” saya hanya terharu jawab Ana sambil mengeringkan air matanya.

“Bahkan, seorang yang baru dikenali pun memberi saya semangkuk mee!, tetapi,…

ibu saya sendiri, setelah bertengkar dengan saya,mengusir saya dari rumah dan mengatakan kepada saya agar jangan kembali lagi ke rumah”

“Encik org yg baru saya kenali tapi encik mengambil berat pasal saya jika dibandingkan dengan ibu kandung saya sendiri” kata ana kpd pemilik kedai.

Pemilik kedai itu setelah mendengar perkataan Ana, menarik nafas panjang dan berkata

“Kenapa cik berfikir seperti itu? Renungkanlah hal ini, aku hanya memberimu semangkuk mee dan kau begitu terharu. Ibumu telah memasak makanan dan nasi utukmu saat dari kau kecil sehingga sampai ke saat ini, mengapa kau tidak berterima kasih kepadanya? Dan kau malah bertengkar dengannya”

Ana, terkedu mendengar hal tsb.

“Mengapa saya tdk berpikir ttg hal tsb? Utk semangkuk mee dr org yg baru saya kenali, saya begitu berterima kasih, tetapi kepada ibu saya yg memasak untuk saya selama bertahun-tahun, saya bahkan tidak menghargainya.Dan hanya kerana persoalan yg kecil dan remeh saya bertengkar dengannya.

Ana, segera menghabiskan meenya, lalu ia mnguatkan dirinya untuk segera pulang ke rumahnya.

Saat berjalan ke rumah, ia memikirkan kata-kata yg hrs diucapkan kpd ibunya.

Begitu sampai di depan pintu rumah, ana melihat ibunya dengan wajah yg letih dan cemas.

Ketika bertemu dengan Ana, kalimat pertama yang keluar dari mulutnya adalah “Ana dah pulang, cepat masuklah, mak dah siapkan makan malam,ana makanlah dahulu sebelum ana tidur, makanan akan sejuk jika ana tk makan sekarang.

Pada saat itu Ana tdk dapat menahan tangisnya dan ia menangis dihadapan ibunya.

Sekali waktu, kita mungkin akan sangat berterima kasih kpd org lain disekitar kita untuk suatu pertolongan kecil yang diberikan kepada kita.

Tetapi kpd org yang sangat dekat dengan kita (keluarga) khususnya orang tua kita, kita harus ingat bahwa kita berterima kasih kepada mereka seumur hidup kita.Hargailah mereka.....

P/s : Sedih r rndu kat mak umi kat kampung tu

Wanita yang dicintai iblis.......


Renungan bersama.......
Hati yang kotor adalah hati yang penuh dengan ‘NAJIS’ sifat-sifat keji seperti Pemarah, Pendendam, Hasad Dengki, Penakut dan Tamak akan disibukkan dengan urusan melayan bisikan-bisikan jahat dari NAFSU dan SYAITAN. Hati begini tidak menyediakan ruang untuk diletakkan rasa Cinta kepada ALLAH. Hati perlu dibersihkan dan dihiasi dengan sifat-sifat terpuji seperti Sabar, Redha, Merendah Diri, Berani, Pemaaf dan Mencukupi Dengan Apa Adanya. Hanya Hati yang BERSIH dapat menjadi WADAH untuk menampung Cinta yang SUCI lagi AGUNG. Apa Pula Pengertian DeNdAm Ya? Dendam ialah apabila hati seseorang itu merasa sangat berat terhadap seseorang lain seperti membencinya, menjauhi diri darinya, dan sifat itu akan kekal bersemadi di dalam hati orang itu dan tidak akan pernah padam. Keburukan-keburukan Dendam Dengan itu jelaslah bahawa sifat dendam itu berpunca dari sifat marah yang tidak dikekang atau diredakan dengan segera. Sifat dendam ini akan menimbulkan berbagai perkara mungkar antaranya adalah…
1. Perasaan hasad atau dengki dalam diri, sehingga pendengki itu merasakan tidak senang bila melihat seseorang berada di dalam kenikmatan, lalu ia mengharapkan terhapusnya nikmat itu daripada orang itu. Dengan makna yang lain seorang yang menyimpan perasaan hasad tidak suka melihat orang yang didengkinya itu hidup senang lenang, sebaliknya merasa gembira apabila orang yang didengkinya itu ditimpa kesusahan. Kelakuan ini adalah contoh dari kelakuan orang-orang yang munafik.
2. Pendengki itu bukan saja menyimpan perasaan hasad dengki dalam dirinya, malah ia merasakan senang sekali apabila orang yang didengkinya itu ditimpa sesuatu kecelakaan atau bencana.
3. Pendengki akan menjauhi dan memutuskan perhubungan dengan orang yang didengkinya; tidak mahu bergaul dengannya.
4. Pendengki akan mengucapkan kata-kata yang tidak patut terhadap orang yang didengkinya, iaitu samada berbohong, mengumpat, mendedahkan rahsia lawannya, mengejek, menjatuhkan kehormatan dan sebagainya. Sesungguhnya perbuatan ini adalah merupakan perbuatan IBLIS TERKUTUK

Renung-renungkanlah..........


Jauhi sikap suka bersangka-sangka.....

manusia hari ini suka bersangka-sangka
ada sangkaan baik....ada sangkaan buruk...

orang beribadah disangka riak
orang yang relaks d sangka malas
orang yang memakai bju baru d sangka menunjuk
orang yang pakai bju buruk d katakan zuhud(hina)
orang yang mkan byk d sangka pelahap
orang yang mkn sikit d sangka diet
orang yang baik d sangka buruk
orang yang senyum d sangka mengejek
orang yang masam d sangka merajuk
orang ang bermuzakarah d sangka mengumpat
orang yang diam di sangka menyendiri
orang yang menawan d sangka pakai susuk
orang yang nampak ceria d sangka membela

mana tahu orang yang diam itu kerana berzikir kepada ALLAH
mana tahu orang yang senyum tu kerana bersedekah
mana tahu orang yang masam itu mengenangkan dosa
mana tahu orang yang menawan itu kerana hati bersih hati dan mindanya
mana tahu orang yang ceria itu kerana cergas cerdasnya

Thursday 28 March 2013

Tetibe dengar lak......

Salam,

ni kisah semalam balik keje tetibe radio kua kan lagu ni
bes lak dengar lagu ni
mesti nak tau lagu pe kan hehehehehe
Lagu nye seperti dui bawah
umi bagi lirik je r ye
coz sume mestui tau lagu ni kan


Letto - Ruang Rindu

Di daun yang ikut mengalir lembut
Terbawa sungai ke hujung mata
Dan aku mulai takut terbawa cinta
Menghirup rindu yang sesakkan dada

Jalanku hampa dan kusentuh dia
Terasa hangat oh didalam hati
Kupegang erat dan kuhalangi waktu
Tak urung jua kulihatnya pergi

Tak pernah kuragu dan slalu kuingat
Kerlingan matamu dan sentuhan hangat
Ku saat itu mencari makna
Tumbuhkan rasa yg sesakkan dada

reff
Kau datang dan pergi oh begitu saja
Semua kuterima apa adanya
Mata terpejam dan hati menggumam
Di ruang rindu kita bertemu


Tuesday 26 March 2013

10 bulan sudah.......

Salam,

ari ni my hero 10 bulan dah
macam x caya je dah 10 bulan elman
besar dah anak umi ni
meh kite tengok pe elman dah pandai buat 10 bulan ni ye


  • Elman dah tumbuh 2 batang gigi ( halus je gigi elman hehehehehe)
  • Elman dah pandai merangkak
  • Elman dah bertatih secikit
  • Elman dah becok bercakap ( tapi bahasa elman r umi xpaham pun hehehehehe)
  • Elman nye mood makan pasang surut jap makan banyak jap makan ckit je
  • Elman makin manja
  • Elman masih lagi menyusu dgan susu ibunya ( Semoga ALLAH permudahkan urusan penyusuan umi dgan elman)
Syukur pada Nya kerana masih meminjamkan little mujahid ini kepada kami

Ayah & Umi sayang Elman sangat2



Thursday 21 March 2013

Mengapa Lampin Kain (CD)




Salam,

Ni umi nak cite pasal Cloth Diapers g & penjimatan yang kite dpt kalu gune Cloth Diapers.
Umi suke bab2 jimat ni hehehehehehe
Hope ibu2 kat lua sane pun same macam umi hehehehehe
Sambil berjimat boleh jaga alam sekitar kan 
Ni kira2 kalau kite gune jenama Lunatots r, agak mahal ckit tapai kualiti g bagus r kan tapi skang banyak dah jenama CD ni 
jadi ibu2 boleh je pilih nak yg mane murah ke mahal tok anak sendiri ye
Sume terletak di jari ibu2 ye heheheheheh

price1













Ha pe macam teruja x tengok penjimatan yg akan kite dapati kalu kite gunekan CD
Dgn tu jom kite beramai-ramai menCD kan anak kite yer ( pe bahasa la umi gunekan hehehehehe)

Sumber : Kak su lunatots ( more info leh gi web kak su ni )
( sori kak ,saya copy & paste ye hehehehehehe)

Sabun untuk cuci Cloth Diapers(CD)


Salam,

Hari ni umi nak cite pasal sabun yang boleh di gunakan untuk cuci Cloth Diapers (CD).

Berikut saya senaraikan secara ringkas sabun-sabun yang sesuai digunakan untuk cloth diaper
Sabun PUREEN HAD yang serbuk atau liquid dua-dua bleh guna
Ramai juga ibu-ibu yang gunakan sabun KIDDIE WASH COSWAY...boleh beli kat stokis cosway terdekat..kebanyakan yang guna sabun ni mengatakan sesuai untuk kulit bayi mereka

Dan sabun yang peling bagus yang saya pernah dengar komen dari ibu-ibu yang guna adalah sabun Rockin' Green Detergent.Produk dari US ini sangat berkualiti walaupun harganya agak mahal sedikit. Boleh didapati di website http://rockingreensoap.com/. Atau biasa dijual di Pameran atau Ekspo Barangan Bayi..Cuma, sabun ni agak mahal, sesuai untuk buat stripwash sebulan sekali..jangan la guna untuk basuh cloth diaper hari-hari..
Ni review ibu2 yg pernah guna sabun ni: Sangat puas hati dengan performance..insert kene air karat pun bleh ilang.
Insert keras bleh jadi gebu balik...amat gumbiranya hati ini...^_^Dengan adanya sabun ni ibu xrisau nak buat STRIPWASH lg....dah xyah pakai sunlight segala..hehe.Oleh sebab sabun ni agak mahal..utk jimat ibu guna utk STRIPWASH je...tp mahal pun amount guna sket je...so masih jimat. 1 sampel pack tu ibu dapat basuh 5 kali CD. 1 kali dalam 10 pcs CD. Jimat kan??...hehe
Kalo sape2 mahu beli, saya boleh recommend seller2 yang jual sabun ni kat Malaysia..saya ada no kontek diorang..just email je dekat emydin@gmail.com saya akan bagi maklumat seller ni




.
Detergents that is formulated for cloth diaper or best use for cloth diaper
(Available locally in Malaysia)
  • Autumnz - Baby Safe Laundry Detergent
  • Rockin' Green Detergent
  • Charlie's Soap (powder)
  • Pureen HAD (powder)
  • Pureen HAD (liquid)
  • Tiny Bubbles Detergent
  • LunaCare Detergent
  • Nellie's Laundry Soda
  • Mountain Green
Detergents that is formulated for cloth diaper or best use for cloth diaper
(Currently NOT available locally in Malaysia yet)
  • Crunchy Clean
  • Country Save
  • BumGenius Diaper Detergent
  • Bio-Vert (with no perfume)
  • Alltitude
  • Bi-O-Kleen Laundry Powder
  • Charlie's Soap (liquid)
  • Dropps Baby
  • Nature Clean
  • Vaska
Other detergents that is NOT formulated for cloth diaper BUT is said to be safe for cloth diaper
(Have been tried/ tested by others)
  • BabyOrganix Kids Wear Liquid Cleanser
  • Cosway Kiddiewash
  • Might Detergent
  • Fab
  • Trojan
  • Kuat Harimau
  • cosway ecomax - for cp and cd
Others that is NOT a detergent BUT can be use to wash cloth diaper
(Note : Might not be as effective as the other detergent though)
  • Soap Nut
  • Laundry Ball
Detergents that is not suppose to use for cloth diaper
(And yet there is still people using it to wash cloth diaper and ok for some people to use this detergen)
  • Pureen Kiddiwash
  • Pureen ABD
  • Kao Attack
  • Nappikleen
  • Top Detergent
Generally all the basic detergent can be use so long the detergent is free from additives like
- Softener
- Enyzme
- Bleach/ Whitener
- Anti-bacterial properties
- Oils
___________________________________________________________________________
COSWAY  :  For Ultra-Clean, Ultra-Gentle Washes
Delicate Fabric Wash 
Code: 08506     600ml
  •  Effectively removes stains, especially protein stains like blood, food and milk, without shrinking, stretching or fading
  •  Plant-based laundry additive leaves clothes looking vibrantly new, comfortably soft and static-free
  • Anti-bacterial keeps clothes hygienically sanitised, ideal for washing innerwear and undergarments
  • pH-balanced formula is non-drying to hands, and is safe for washing baby wear
  • Rinses off easily and thoroughly, leaving no residue, thus eliminating any possibility of skin irritation or allergy
Alkaline-based detergents cause 'protein fabrics' like silk and wool to shrink. This pH-neutral formula is suitable for all types of washable delicates.

Strip Wash Cloth Diapers (CD)

Salam,

Hari nak kongsi tips lagi berkenaan CD. Bila CD kite dah mula bocor(leaking), daya serapan dah makin kurang makanye kite kenala wat stripwash.

Tujuan stripwash ni adalah untuk mengembalikan daya keserapan CD. Terutamanya CD yang dah lama kite pakai. Cara-caranye di bawah ini:


Hanya dilakukan sekali-sekala

Strip wash dilakukan apabila CD telah mula leaking. Leaking ni terjadi kerana lapisan 

minyak terkumpul dipermukaan insert.


Cara 1

1 .Isikan baldi dengan air panas (cukup untuk rendam cd)

2. Letak sedikit cecair pencuci pinggan (apa-apa jenama pun boleh)

3. Gosokkan permukaan dalam (fleece) dengan tangan beberapa kali.

4. Ulang pada permukaan fleece di dalam.

5. Begitu juga pada insert, buat dengan cara yang serupa

6. Bilas dengan baik, pastikan air mengalir jernih, bebas daripada bahan cuci.

7. Jemurkan dibawah cahaya matahari 






Cara 2

Selepas di gunakan beberapa bulan dan merasai ia kurang penyerapan, perlulah 

melakukan strip diaper. iaitu untuk menghilangkan sebarang lapisan kalis air yg

terbentuk dari mendapan sabun pencuci yg melekat yg selalu digunakan

Cara strip

1. Masukkan 1/2 cawan cuka makan ke dalam 1/2 baldi air

2. Rendamkan insert dan lampin selama 10-15 minit

3. Bilasan terakhir, letak sedikit soda bikarbonat.(memutihkan insert)

4. Bilas dan keringkan. anda akan mendapati lampin dan insert akan lebih ringan 

Wednesday 20 March 2013

Cara mencairkan susu ibu


Salam,
 Umi nak cite care nak mencairkan susu ibu untuk di hantar ke rumah pengasuh @ nursery



Cara-cara mencairkan susu ibu/Thawing Frozen Breast Milk
1.  Pilih botol frozen EBM yang bertarikh paling lama dari bahagian beku.
2.  Turunkan frozen EBM ke bahagian bawah peti sejuk untuk dicairkan semalaman. keesokkan harinya susu akan cair… InsyaAllah ATAU....
3. ... lalukan frozen EBM di bawah aliran air paip.
4. Bila dah cair, panaskan dengan cara merendam di dalam mangkuk berisi air panas/suam-bukan air mendidih tau!.
5. AMARAN KERAS !!!
  • JANGAN cairkan frozen EBM at room temperature
  • JANGAN gunakan microwave untuk mencairkan frozen EBM kerana ia akan merosakkan khasiat susu ibu.
  • JANGAN masak frozen EBM di atas api, ini juga akan memusnahkan khasiat susu ibu.
  • Elakkan memanaskan susu diawal pagi dan memasukkan ke dalam termos… kerana susu yang dipanaskan perlu dihabiskan dalam masa 1-2 jam sahaja.
  • Susu yang dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula, so kene pandai budget supaya tak membazir.
TIPS:
  • Seelok-eloknya panaskan susu sejurus sebelum memberi bayi minum.
  • Hold your baby when feeding EBM
  • Jadikan feedings an enjoyable time for you and your baby. Rangsang bayi anda dengan berborak bersama baby dan berikan banyak senyuman.
  • Sesudah minum, BURP kan baby anda.
INFO... INFO...
Chilled EBM (Susu yg dah perah, disejukkan dibahagian sejuk (bukan beku)) normally akan terbahagi kepada 2 lapisan… atas dia bhgn lemak, bwh dia air.. this is perfectly normal, jangan pulak korang ingat susu tu basi and buang plak. Wat u need to do, is masa panaskan susu tu, GENTLY SWIRL the bottle to mix the lapisan.

Sumber :  
http://www.sayamahusihat.com

Cara Menyimpan Perahan Susu Ibu.


Salam,

Ari ni umi nak cite cara penyimpanan perahan susu ibu bagi ibu yang berkerja macam umi ni.
Umi still lagi breastfeed elman untill now.hope di permudahkan untuk meneruskan perjuangan penyusuan  sehingga elman 2 tahun.


1) Menyimpan Susu Ibu:
  • Botol susu kecil amat sesuai digunakan.
  • Bekas kedap udara daripada gelas atau plastik yang keras dan tahan dalam peti sejukbeku termasuklah bekas dadih.
  • Bag sejuk beku khas untuk susu ibu juga boleh digunakan, terdapat jenama Medela, Avent, Gerber, Playtex.
  • Jangan menggunakan plastik aiskrim kerana ia tidak bersih dan boleh merosakkan susu.
2) Membersihkan Bekas Penyimpanan:

  • Basuh bekas menyimpan susu dalam air panas bersabun dan bilas dengan air panas.
  • Biarkan bekas kering di tempat yang bersih.
  • Anda juga boleh mensteril bekas dengan menggunakan tablet sterile yang dijual di kedai bayi atau farmasi.
3) Panduan Menyimpan Susu Ibu:

  • Sejukkan susu dalam masa 1 jam selepas diperah.
  • {mosimage}Labelkan bekas dengan tarikh dan masa perahan.
  • Simpan susu dalam kuantiti kecil (2-4 oz) dalam setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran.
  • Sejukkan susu yang baru diperah dahulu sebelum mencampurkannya dengan susu yang sudah sedia sejuk.
  • Jangan isi susu terlalu penuh di dalam bekasnya, tinggalkan 1 inci untuk susu mengembang semasa proses sejukbeku.
*Jika bayi anda tidak cukup bulan atau ditahan di wad, minta nasihat jururawat tentang cara yang sepatutnya anda gunakan untuk menyimpan susu dan membersihkan bekas menyimpan susu.

4) Ketahanan susu ibu bergantung kepada cara bagaimana ia disimpan:

  • Suhu bilik, atas 25°C: 4-6 jam
  • Bekas penyejuk (Cooler, icepack): 12-24 jam
  • Peti sejuk 1 pintu:
           -bahagian fridge 4°C: 7 hari
           -bahagian freezer -15°C: 2 minggu
  • Peti sejuk 2 pintu
           -bahagian fridge, 4°C: 5 hari
           -bahagian freezer, -18°C hingga -20°C: 3-6 bulan
  • Deep freezer -20°C: 6 bulan
Penting!
  • Susu ibu hendaklah disejukkan jika ia tidak digunakan dalam masa 4-6 jam selepas diperah.
  • Tempatkan bekas susu di bahagian paling sejuk peti ais (jauh daripada pintu).
  • Jika telah melampaui masa simpanan, jangan sayang untuk membuangnya.
5) Menyahbeku Susu Ibu:
  • {mosimage}Susu ibu yang asalnya beku dan telah dicairkan, boleh digunakan dalam masa 24 jam jika disimpan di dalam peti ais.
  • Susu ini tidak boleh dibekukan semula selepas dicairkan.
  • Semak tarikh pada bekas penyimpanan. Gunakan susu yang lama dahulu.
  • Nyahbekukan susu beku dengan meletakkannya di bahagian fridge selama 4 jam atau
  • Lalukan bekas susu yang beku tadi di bawah air paip yang sejuk. Setelah ia mula cair, lalukan atau rendam dalam air suam pula untuk terus mencairkannya.
  • Jangan cairkan pada suhu bilik. Suamkan susu tadi dengan merendamkannya di dalam mangkuk yang berisi air panas.
  • Jangan mencairkan atau memanaskan susu di dalam ketuhar gelombang mikro, oven atau di atas api.
6) Panduan Memberi Susu Ibu:
  • Goncang perlahan susu yang telah suam dan rasa kepanasannya dengan tangan anda sebelum menggunakannya.
  • Pegang bayi semasa memberinya susu perahan.
  • Jadikan penyusuan menyeronokkan; bercakap dan senyum dengan bayi.
  • Sendawakan bayi selepas memberi susu perahan.
  • Gunakan susu ini dalam masa 1 jam. Buang selebihnya.

Kenapa Susu Ibu.....

Salam,

Ari ni meh kite cite pasal kebaikan susu ibu yer.


12 sebab kenapa anda harus berikan anak anda susu ibu




  1. susu ibu sesuai untuk bayi secara semula jadi

  2. Susu ibu dalam keadaan steril dan bebas dari hama dan kuman

  3. Kandungan nutrien yang seimbang

  4. Susu ibu kurang kandungan protien dan kasein berbanding susu ibu. Kasien ialah protien yang dimendakkan daripada susu dan merupakan asas keju dan plastik.

  5. Susu ibu mudah hadam kerana lembut dan cair berbanding susu lembu yang pekat dan susah dihadam.

  6. Susu ibu lebih banyak mengandungi laktase, vitamin dan zat galian yang seimbang. laktase ialah sejenis enzim yang menukarkan gula dalam susu menjadi glukosa dan galaktosa.

  7. Susu ibu mengandungiprotien yang dikenali sebagai lactoferrin yang berkemampuan menghalang pembiakan kuman pada sistem usus bayi dan ini mengurangkan risiko cirit-birit

  8. najis bayi yang minum susu ibu akan menjadi asidik dan ini menyebabkan ketidaksesuaian untuk pembiakan kuman dalam sistem usus

  9. Susu ibu mempunyai sel yang datangnya dari badan ibu dan ia berupaya membasmi jangkitan kuman dan virus serta mengandungi enzim penting untuk menolong sistem penghadaman bayi.

  10. Sistem penghadaman bayi berupaya menyerap kandungan zat besi daripada susu ibu dengan lebih sempurna berbanding susu lembu.

  11. Dari segi psikologi, aksi bayi ketika menyusu merapatkan rangsangan kasih sayang kedua-dua pihak, ibu dan bayi.

  12. Hisapan mulut bayi membawa pelepasan hormon dari hipotalamus dalam otak yang meningkatkan kepantasan dan kecekapan involusi atau pengecutan rahim ibu. Ini menjadikan ibu tidak hamil dan menjarakkan kelahiran selepas penyusuan.
credit kepada Pn Shaidah
sumber : Rahsia minda hebat - Dato' Siti Nor Bahyah & Hj Muhammad Zakaria terbitan Telaga Biru

Friday 8 March 2013

Elman berCD

Salam,

Entry sblm ni kite layan tngok koleksi CD elman
Ni meh kite tngok bile elman berCD lak ye
skang punye la ssah nak pakai CD elman
Elman x suke bile pkai CD
berperang dgn Umi @ ayah dlu kalu time pkai CD
Dah la CD elman jenis button sume
mmg bercinte umi nak pkai kn CD elman
Ni kene cri yg velcro lak
ayah dgar tak umi nak beli CD velcro elman lak hehehehe


ha ni pas berperang dgn elman tok pkai CD heheheheheheh

Muke poyo  buat macam x bersalah je elman ni tau




Koleksi CD elman

Salam,

Ari ni nak cite pasal Cloth Diapers @ CD elman
Elman skang dah fully ber CD
Elman memule pakai CD mase umo die 5 bulan x silap nye
Bagus pakai CD ni
Jimat Wang
Alam Sekitar terpelihara
Cume kene rajin nak basuh CD je r
sbb bukan pakai buang kan mcm DD
Elman baru ade 16 keping CD
Ingat nak tambah g tapi tunggu ayah bg duit hehehehehehe
(ayah dengar x umi nak duit beli CD anak bujang ayah g)
Meh  kite tengok koleksi CD elman ye




  ini lah koleksi cd elman yg de.warne warni kan hehehehe.




Bile elman dah duduk....

Salam,

Ha tajuk macam pelik jekan
elman mmg dah lame pandai dduk
ni kes elman dah pandai dduk dalam car seat
huhuhuhu anak bujangku macam2 perangai
muke agak poyo dpt dduk dlam car set
ingat kat lantai gak eh
xlame g pandai panjat lak ye elman

lihat bile elman dduk dlam car set.abis sume bnde die nak capai