Thursday 21 March 2013

Strip Wash Cloth Diapers (CD)

Salam,

Hari nak kongsi tips lagi berkenaan CD. Bila CD kite dah mula bocor(leaking), daya serapan dah makin kurang makanye kite kenala wat stripwash.

Tujuan stripwash ni adalah untuk mengembalikan daya keserapan CD. Terutamanya CD yang dah lama kite pakai. Cara-caranye di bawah ini:


Hanya dilakukan sekali-sekala

Strip wash dilakukan apabila CD telah mula leaking. Leaking ni terjadi kerana lapisan 

minyak terkumpul dipermukaan insert.


Cara 1

1 .Isikan baldi dengan air panas (cukup untuk rendam cd)

2. Letak sedikit cecair pencuci pinggan (apa-apa jenama pun boleh)

3. Gosokkan permukaan dalam (fleece) dengan tangan beberapa kali.

4. Ulang pada permukaan fleece di dalam.

5. Begitu juga pada insert, buat dengan cara yang serupa

6. Bilas dengan baik, pastikan air mengalir jernih, bebas daripada bahan cuci.

7. Jemurkan dibawah cahaya matahari 






Cara 2

Selepas di gunakan beberapa bulan dan merasai ia kurang penyerapan, perlulah 

melakukan strip diaper. iaitu untuk menghilangkan sebarang lapisan kalis air yg

terbentuk dari mendapan sabun pencuci yg melekat yg selalu digunakan

Cara strip

1. Masukkan 1/2 cawan cuka makan ke dalam 1/2 baldi air

2. Rendamkan insert dan lampin selama 10-15 minit

3. Bilasan terakhir, letak sedikit soda bikarbonat.(memutihkan insert)

4. Bilas dan keringkan. anda akan mendapati lampin dan insert akan lebih ringan 

0 comments:

Post a Comment